السلام عليكم

LOVE



Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,

sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa Cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.Amat payah.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas , sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya

No comments:

 
Jom Terbang!