السلام عليكم

cerita tingkatan 2 : )

Haa..meh sini KAKAK (kakak ?? ) nak cite ngan adik2 kakak . 
Ni kisah zaman kakak tengah BERHINGUS (euuwww) lagi .
Kakak dulu RAWK tau ! 
TAK pecaye ? tengok ni

ambik kau ! OTAI tu . HAHA:D
 Merepek lah kakak ni . Meh nak gtaw name sorang sorang.
  • From left -->Aqmar jusof , Fiqah aziz , Hawa lee (kakak letuww) , Irah , Zety .

Haaa....deorang mmg BFF kakak . nak sewel ke , curang ke , gaduh ke , maki hamun ke ..sume dengan budak budak ni . 
* Tak kesah lah kalau korang rase kakak ni sewel kan ?

Dulu dulu , kakak n THE GANG selalu WANTED kat sekolah(skema) tau . Sebab suke buat bende baru , lepas tu jadi ikutan . 

TAK pecaye jugak ? 

NAMPAK ? snap gune MP4 tu . lek je..x goyang pon . time assembly lg .

Dulu , time kakak begaduh dengan AQMAR JUSOF , masing masing muke macam hape ! sakit hati aku tengok dye tu ( maroh orr )

Gaduh sebab kene tinggal , kawan kawan nak pegi LIBRARY  tak tunggu kau ! sape tak HANGIN . 
AKU buat muke , dye tak ambik kesah pon ! lagi la aku HANGIN ! 
Nak di jadikan cerita , kakak ni nak nye bagitau GANG GANG yang kakak tengah merajuk .
  1. Kakak tulis SURAT LAYANG .
  2. Luah perasaan kau dik oii...HAHA :D
  3. Kakak duduk meja belah kiri
  4. Aqmar jusof belah kanan.
  5. Pas surat pegi balik pegi balik .
  6. Pastu maen gaduh gaduh macam ORANG GILE .

Lame wooo wa cakap kat lu....
Kakak punye la jahat , dengki sampai terlebih BOILING POINT dah .

  • Dapat tugasan buat  
SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 2 PD 1 .
  • Punye la jahat aku ni , 
  • Nama Aqmar jusof x letak pon..HAHA .

Si Aqmar jusof ni TAK PUAS HATI . Dye buat mcm ni  (Sambil berjalan ke arah pintu kelas)
" Elleehh , dok lawo langsung ork ? "
Si Hawa lee ni dah makin HANGIN . Dye buat mcm ni  (Sambil berjalan ke arah pintu kelas)
SREKKKKK ! (dasayat ahh ! ) dye koyak mende tu !
(ambik kesempatan puji diri sendiri.) :P


DAH HABES ? isshh...mane boleh , ade lagi ni..

Suatu hari tu ( music DEBO )
Si Aqmar jusof ni nak lalu , nak lalu dekat meja kakak .
Dah tau mase tu dye tengah lemak tebal ( BERISI ) , tak muat nak lalu .

Dye cakap mcm ni lah .
  • Aqmar jusof  : Tepi gok sket.......orang nok lalu ehh.owwoh !
Kakak HANGIN lagi dik !!
  • Hawa lee : Mende gok mu
  • Aqmar jusof  : HAHAHA !
  • Hawa lee : Ulo Sawe !

Macam tu je care OTAI begaduh dik , baru nampak KEWL :)

Nak tengok gambar budak budak CLASS kakak ? boleh jee...
Maaf le , agak Blurr di situ . hehe

Kakak lenguh ahhh ! 
Kakak nak pegi SAUNA kejap .
Kakak nak urut jari . Penat nak menaip . HAHA :D


OK lah ! tunggu EPISODE seterusnya ! 
assalamualaikum w.b.t 
Bye :)

lusa :'(

27 june 2011 / Ahad .

Sebelum tu . HAHA XD ! . ingatkan esok dah nak pegi . 
RUPA RUPANYA , lusa lah !
Tapi tak pelah . Itu tandanya saya dah BERSEDIA .  
( bersedia ? tipu kot~ )

Disini , saya nak ucapkan SELAMAT TINGGAL , 
khas untuk mereka yang saya SAYANGI :')



Selamat tinggal FACEBOOK :'(

Selamat tinggal BILIK BERSEPAH :'(

Selamat tinggal BANTAL GOLEK BUSUK :'(

Selamat tinggal EKOK n KENIT :'(

Selamat tinggal TAMAN DEPAN RUMAH :'(

Selamat tinggal KAWAN KAWAN :'(

Selamat tinggal KAKAK :'(

Selamat tinggal MA & AYAH :'(


Hye KKTM :')



Berat hati meninggalkan ,
Senang hati menerima , 


cerita lama :)

saya harap saya nora :)

Nak tanye ni , sape yg teringin nak ambik alih tempat  
NORA ELENA ?
* tibe tibe saya angkat tangan sorang sorang .
Haish....soalan bodoh yang di tanya . 


Bayangkan , sape yang x nak suami sebaik SETH TAN * name dye macam SET*N ka ? hehe . ok2 , back to the point . Seth memang seorang yang bertanggungjawab ( walaupun ianya sekadar lakonan ) tetapi Seth berjaya memikat hati setiap wanita yang menonton drama bersiri ni . Kalau Seth ( Aaron ) tak de pengalaman , how come dye boleh hasilkan lakonan yang menjadi . 

Bermakna , di luar bidang lakonan juga , Seth ( Aaron ) adalah seorang suami yang mithali .




dush ! *lempang pipi sendiri .
WOI ! APAHAL MAEN LEMPANG LEMPANG NI !
gelak lah ! i tak kesah ~

k la , lg saya syiok menulis , lagi tula saya gila bayang dengan Seth (Aaron ) tu.

btw , nak share something ni . bapak saudara aku kat seremban ( pak ujil ) ni siap bagi name manje lgi kat Seth (Aaron ) nak tau ?? haaaa ! name manje dye DAK ARON . simple gitu .hahaha 
 * haaa , market eko pak ujil ,den sebut sebut namo eko dalam blog ~ 


Ni le bapak sdaro den . adek bapak den .suke ati yo pak sdaro den ni poyi bagi namo manjo kek DAK ARON den . haha

ok la :) 

THE END 
*xtau penyudahan cerita langsung -.-'




ini cerita panjang tapi bermakna | kisah Nabi Adam & Hawa |

:)
:)
segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
    Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu. 
Adam kesepian
    Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
    Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
    Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam
Hawa diciptakan
    Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
    Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
    Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
    Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
    Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
    Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
    Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
    Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
    Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT  kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
    Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
    Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.   
Adam terpikat
    Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
    Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
    Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
    Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
    Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
    Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
    Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
    Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
    Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

 
Perkahwinan Adam dan Hawa
    Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
 
Malaikat dan para bidadari berdatangan
    Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
    Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
    Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


 
Mahar perkahwinan Adam
    Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.   

    Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).

    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. 


  Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

LOVE



Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,

sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa Cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.Amat payah.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas , sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya

rahsia kata hati .

menyedari senyuman adalah pengubat hati yang berkesan . jadi , saya senyum :)
Dan gambar ni bukan sekadar senyuman . tetapi juga bertujuan untuk memberi anda GELAK BESAR .

KATA HATI . perkara wajib yang sudah menjadi amalan hidup NUR FAIZATUL AQMAR JUSOF ( sorry selit name .hehe )

Semalam,terdetik suatu kata kata penuh rayuan pada hati seorang gadis yang serba miskin adat , pendidikan dan agama untuk bertindak bodoh walaupun menyedari kelakuannyabakal menerima padah . kesan yang mendalam . hilangnya kepercayaan seseorang terhadap dirinya . TIDAK MENGHORMATI SESUATU YANG SULIT , PERIBADI serta RAHSIA seseorang .

KATA HATI :) sememangnya betul , benar . Pengorbanan seorang gadis tersebut begitu berbaloi . KATA HATInya memnunjukkan KEBENARAN yang selama ini berselindung di sebalik KATA KUNCI  :)

percaya atau tidak :) gadis tersebut menerima segalanya dengan penuh air mata penyesalan . Berjaya mengawal kesabaran diri . Mengatasi segalanya dengan doa kepada-NYA . KASIH SAYANG , ya ! gadis tersebuat kaya dengan KASIH SAYANG meskipun kedekut untuk berkongsi .

ALLAH MAHA ADIL . sepertimana seseorang dalam kegelapan melepaskan diri dari ketakutan , begitu juga caranya gadis tersebuat meluahkan rasa menyesal .Meronta kesakitan dalam doa , menenangkan diri dengan zikir munajat , doa taubat , yasin , solat . 


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 

ampunilah hamba, ya Allah, maha penerima taubat
ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa
tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
kurniakan kepadaku rezki yg mluas
perkenankan taubatku dgn taubat nasuha


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


berikan gadis tersebut ruang untuk berfikir :)

wanita :) | dari blog ruangan agama |

wanita di sanjungi. MA :')
Wanita :

 Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

penantian bermula | 26 june 2011 |

cara cara nak say " HI " . maaf .haha btw , bilik berserabai !
Hye !
err...lebih afdhal dengan salam . so, assalamualaikum blogger dan pembaca sekalian (agak skema )
ok,ini cerita baik dan bukan sebaliknya.harap korang tak pertikaikan cerita ni dr tajuknye ehh.hehe.

Seperti tarikh yang telah tercatit di atas , bermulanya dimana HAWALEE berhijrah ntuk mencari ilmu yang sedang menanti setelah 11 tahun di banggu sekolah ( tak termasuk dgn TADIKA n FORM 6 mcm yg bawah ni ok !!!!!  )


KAT MANE ? hahaha ! tolong jangan gelak kalau saya bgtau . kat MAK LAGAM je awok eyy...(betul,saya x tipu)

Sebuah menara gading ( la sangat ) yang semakin meningkat peratus kecemerlangan dan semakin FEMES dari hari ke hari dan menjadi perbualan HOT dikalangan AMT ( ahli mesyuarat tingkap ) meniti dari bibir ke bibir.(ohh ! panjang crite.nak buleh ke kabo name kolej pon smp 3 perenggan ) okfine ! name dye KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi Mara )

Menantikan tarikh keramat ( macam nak kawen pulok ) haha !.ok3,penantian amatlah menyiksakan.walaupun berat kaki melangkah pergi :'( xpe , semuanya kerana ILMU dan IBU BAPA .

ok lah pembaca . GTG :),
otak saya x selancar AQMAR JUSOF  untuk berkarya sehebat beliau . pape pon hawa comel ! HAHA XD

abaikan gambar ni . saja nak kaitan dengan "FOLLOW" tu.teehee :)







 
Jom Terbang!