السلام عليكم

Cara melaksanakan solat taubat :



Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, then berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat ;
Waktu bila kita nak lakukan ?
Ha...bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat macam mana pulak ?
 “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

Rakaat pertama :
membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Lepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran yang kita nak baca. Hee

Rakaat kedua :
membaca surah Al-Fatihah. Lepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran yang kita nak baca jugak..

Semasa sujud akhir rakaat kedua :
Ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)

Ertinya : "tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang orang yang zalim"

Selepas salam :
perbanyakkan istighfar yang macam gini 
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

 Dan mari kita berdoa dengan Penghulu Istighfar ni,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Just in 5 minutes with wudhu' , solat , pray. Only for 5 minutes, ALLAH had forgive us. Takpayah pon nak kena pujuk berminggu2. :) Indahkan ? 

No comments:

 
Jom Terbang!