wanita di sanjungi. MA :') |
Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun
terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang
tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita
daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi
seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang
bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan
yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh
Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan
mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah
hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin
derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca
kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati
serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah
nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan
terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan
akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa
mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan
ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan...
Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan
sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya
akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah
pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.
No comments:
Post a Comment